Posts

Showing posts from 2016

Semester dua dah habis. Yeay!

Image
Assalamualaikum dan hai-hai Saja nak bagitau korang yang kita dah habis semester dua, maksudnya dah setahun kita kat sini. Sekejap je dah habis setahun dekat UNPAD, sampai diri sendiri tak tahu belajar apa kat sana cepat naww dah setahun. Tahu-tahu dan cuti dah balik Malaysia dah sedap-sedap landing atas katil sambil tulis blog. Eh. Semester dua ni banyak jugak event untuk diri sendiri. Banyak jugak belajar tentang banyak perkara. Kalau semester satu dulu macam semester warming up baru nak kenal-kenal baru nak adapt baru pandang-pandang, masih malu-malu (tak tahu la malu kenapa tah), masih tak tahu diri takat mana. Semester ni alhamdulillah dah boleh adapt sikit2, tak sikit, banyak la jugak. Banyak buat perkara yang tak pernah buat contohnya merempit di jalan raya, pegang tikus pegang mencit Semester ni tak banyak jalan. Banyak habiskan masa dengan uni je. Awal sem haritu ada jalan-jalan kejap dekat The Lodge Earthbound Adventure Park, Kebun Begonia dengan Farmhouse Lemba

Prosedur Apply CBSG/CBTG (PART 2)

Image
Assalamualaikum dan hai-hai! Sekarang ni tengah exam week, Exam week for two weeks. Next week direct paper tiap-tiap hari except khamis. Sem ni agar relax dari sem lepas walaupun ada 6 lab. pfft. 6 lab!! Banyak buat jurnal lapak dari buat assignment. Okay, sebenarnya nak cakap benda lain. Macam agak ramai yang tanya personally tentang sambung belajar. Especially bagi adik-adik junior yang dah kerja maupun akak-akak senior maupun batchmates. Kebanyakan yang tanya mostly tentang prosedur and gaji. RESULT Haritu rasanya tak cerita dengan detail. Bagi student SPA terutama diploma yang nak sambung bachelor. Walaupun korang dah ada diploma, walaupun diploma korang gempak macamana pun, walaupun dapat 3.8, 3.9, 4.0 sekali pun, kalau nak apply masuk program bachelor, masih lagi result SPM diperlukan. Dan, sekarang ni, ni yang aku survey la, almost semua requirement untuk apply bachelor minimum untuk SPM adalah B bagi semua subjek sciences termasuk Biologi, Physic, Chemistry, Add M

Bukit Tinggi,Pahang

Image
Assalamualaikum.. Cuti sem dah nak habis baru nak update. hehe. Plan ni pun betul-betul last minute punya plan la memandangkan makcik sorang tu dah nak start class. Harini pergi semalam punya semalam plan. Dari johor ke seremban ke pahang kekita. Kitorang stay dekat Suria Hot Spring, Bentong. Jalan masuk sini agak scary. Macam jalan pergi cameron, tapi rasa ni scary lagi. Masa sampai simpang masuk jalan ni, jalan ni tutup. baru nak pusing patah balik cari jalan lain orang JKR tu bukak balik jalan ni. Sempat tanya lagi kenapa jalan ni tutup, dia cakap ada "jambatan runtuh, tapi baru je okay. Adik jalan je dekat depan ada orang jaga". Jalan punya jalan sampai resort takde pun orang jaga. :'( Jalan simpang siur, sempit, sampai ada jalan yang tak nampak kalau-kalau ada kenderaan dekat depan. Masa drive tu seriously menggigil jugak, bawak pun slow je. 69km dari bandar KL lalu highway karak. Suria Hot Spring, dikelilingi hutan, sejuk dan damai. Sesuai untuk sesiapa yang