Bukit Tinggi,Pahang

Assalamualaikum..

Cuti sem dah nak habis baru nak update. hehe. Plan ni pun betul-betul last minute punya plan la memandangkan makcik sorang tu dah nak start class. Harini pergi semalam punya semalam plan. Dari johor ke seremban ke pahang kekita.

Kitorang stay dekat Suria Hot Spring, Bentong. Jalan masuk sini agak scary. Macam jalan pergi cameron, tapi rasa ni scary lagi. Masa sampai simpang masuk jalan ni, jalan ni tutup. baru nak pusing patah balik cari jalan lain orang JKR tu bukak balik jalan ni. Sempat tanya lagi kenapa jalan ni tutup, dia cakap ada "jambatan runtuh, tapi baru je okay. Adik jalan je dekat depan ada orang jaga". Jalan punya jalan sampai resort takde pun orang jaga. :'( Jalan simpang siur, sempit, sampai ada jalan yang tak nampak kalau-kalau ada kenderaan dekat depan. Masa drive tu seriously menggigil jugak, bawak pun slow je. 69km dari bandar KL lalu highway karak.

Suria Hot Spring, dikelilingi hutan, sejuk dan damai. Sesuai untuk sesiapa yang mencari ketenangan. eceh tetiba ayat skema. Baru buka tahun lepas. Ada kolam renang panas semula jadi. Biasa hotel ada double single bed je tapi Suria Hot Spring ada triple single bed bagi sesiapa yang datang secara beramai-ramai. Ada hot spring jakuzi di setiap villa. Tahap kebersihan restoran pada tahap 'A', so pada yang muslim jangan risau sebab memang halal.

The power of Oppo. Gila flawless.

Kabus waktu pagi. 

Esoknya gerak pergi Bukit Tinggi, setengah jam dari Suria Hot Spring. Memandangkan kitorang datang weekday, sepanjang naik atas tu kereta kitorang je, ada la terserempak satu dua kereta. Harga tiket sekali masuk untuk dewasa rm13, kanak-kanak rm8.

Tiba-tiba rasa diri sendiri Jepun.

Atas ni Japanese Village. Dalam peta paling atas sekali. Sewa hanbok ni rm20. Ada beberapa pilihan tapi warna ni orang tu suggestkan. 20 minit sekali sewa. Ambik la gambar sampai puas.



Motif pose macam tu??

Colmar Tropicale Berjaya Hills. Mula-mula nak stay sini  tapi last2 pilih Hot Spring. Cantik sangat view sini. Nampak bahagia muka masing2 tapi cuaca panas ya ampun!


Entah kenapa goosebump aih tengok ni

Stage Performance ni ada waktu-waktu tertentu.
Selasa, Rabu, Khamis dan Ahad : 12pm, 4pm, 9.30pm
Jumaat, Sabtu, Cuti Umum : 12pm, 3.30pm, 7.30pm, 10pm


Adventure Park.



Flying fox ni masa kitorang datang dalam proses pembaikan. Scary merry mak nak flying macam ni 😂

Horse Trails.


Kalau pergi bukit tinggi aktiviti tak rancang, ni aktiviti terancang sangat. Lepas balik dari pahang esoknya pergi kursus kawin. Ok dah dapat sijil dah boleh kawin la macam ni. bye.

Comments

Popular posts from this blog

Prosedur apply Cuti Belajar Separuh Gaji bagi kakitangan sokongan (PART 1)

Logbook Provisionally Registered Pharmacist. Tips untuk adik2 PRP. (Part 1)

Borang UF02 untuk Provisionally Registered Pharmacist (PRP). Apa tu?