Borang UF02 untuk Provisionally Registered Pharmacist (PRP). Apa tu?

 Assalamualaikum & Haiiii

        Lama dah kata nak kongsi tentang borang UF02. Mesti ada yang dah habis PRP kan πŸ˜‚.

        Borang UF02 ni apa ye? Borang UF02 ni penting untuk adik-adik PRP sebab borang ni bagi extra marks dekat anda selain Logbook & Markah LNPT.

Jadi basically as you can see borang UF02 terbahagi dua bahagian, Merit dan Demerit. Demerit tu jarang la unless you memang problematic. Tahan la diri anda dari buat perangai selama setahun. Setahun tu kejap je dik.

TIPS UNTUK DAPAT POINT MERIT

Untuk Merit, ada beberapa point. Selalu merit ni anda kena cari sendiri. Contoh:

Point 1, kelayakan tambahan macam Sijil Profesional: BPS, credentialling, GCP dbs.
        Selalu sijil-sijil ni jarang farmasi appoint PRP join kursus-kursus macam ni. Jadi if korang nak point dekat sini, Malaysian Academy of Pharmacy ada kursus yang boleh join untuk dapatkan sijil profesional.
        Contoh kursus macam Smoking Cessation untuk jadi Certified Smoking Cessation Provider (CSCSP). Sijil ni sangat berguna untuk sesiapa yang ingin jadi kaunselor bertauliah untuk Program Klinik Berhenti Merokok. Kursus ni ada 3 level. Level 1 baca modul and jawab kuiz di Acadpharm. Level 2 join kursus secara online/bersemuka. Level 3 Viva. Tapi ada YM yang even you join Level 1 je pun dah boleh dapat 2 merit. Jadi sebelum join boleh tanya YM you 'kalau saya join kursus ni dapat 2 point tak?'
        Tapi kalau nak join Level 1 ni kena jadi ahli MPS dulu ye. Kalau non-MPS 1 module RM30. Nampak tak sis tolong promote MPS secara percuma tau πŸ˜‚.


Point 2, Kegiatan dan sumbangan luar tugas rasmi yang berkaitan dengan bidang farmasi/KKM.    
       Pasca MCO ni banyak aktiviti boleh join. Bayangkan sis PRP masa MCO banyak benda tak boleh join.
        Sumbangan ni macam buat volunteer, join Pharmsport, join aktiviti yang dianjurkan MPS. MPS banyak buat aktiviti tau. Boleh check MPS kebangsaan atau MPS negeri. Volunteer I join masa PRP haritu dekat Klinik Amal Muhajir. Klinik ni area Serdang. Klinik amal ni macam klinik swasta biasa. Tapi klinik ni serve untuk refugees. Jadi kita as pharmacist dispense ubat dekat refugees. Sangat menarik tau. Siapa duduk dekat area Serdang boleh buat volunteer sini. Nak daftar cari je dekat insta klinikamalmuhajir pastu isi volunteer form dekat link page tu.
        Kalau nak markah tinggi lagi join apa-apa peringkat kebangsaan dapat 3 merit. Macam MPS ada buat National Convention setiap tahun join la.

Point 3, CPD A6 - Publication of article in journal/ chapter in book/ report/ portal/ newsletter
        I tak pasti dekat hospital macam mana. Tapi dekat klinik ada buat Bulletin. Mula-mula tak tahu juga. Nak habis PRP tu check borang UF02 ni baru perasan ada point kalau buat bulletin atau newsletter. Terus pergi jumpa YM tanya farmasi kita ada buat bulletin atau newsletter tak? Saya nak buat boleh? (I told ya time PRP ni memang kena proaktif and volunteer buat semua bendaπŸ˜‡) Pastu YM pun cakap memang ada KPI ke apa tah setiap tahun 1 bulletin. I pun happy la. Lepas tu ajak PRP junior buat sekali. Sempat juga buat 2 bulletin. Dapat la 2 merit kat situ.

                      

Front Page Buletin I buat dulu



Point 4, CPD A11 - involvement as committee or project member
        Research awak buat masa PRP tu automatik dapat 1 merit kat sini πŸ˜‡. 

Point 5, siapa yang buat PRP dekat Sabah Sarawak Labuan untung kan terus dapat merit kat sini!

Point 7, APC
        Sejujurnya I is tak pasti kenapa ada point ni sebab syarat untuk dapat APC kan adalah lantikan tetap?


Okay adik-adik, ni berdasarkan pengalaman I je la. Adakah post ini membantu anda? Good luck PRP!




Comments

  1. may I know what is the merit marks purpose ? can I extend my permanent job in government sector if i get high merit marks ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Frankly im not sure about the merit point πŸ˜…. But nowadays not only logbook, u hv to excel in interview too

      Delete
  2. Maaf bertanya..adake laluan dari pen.peg.tarmasi utk menjdi peg farmasi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada..i ada share dalam blog ni. Tapi tak sure sekarang masih sama ke tak

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Prosedur apply Cuti Belajar Separuh Gaji bagi kakitangan sokongan (PART 1)

Logbook Provisionally Registered Pharmacist. Tips untuk adik2 PRP. (Part 1)