Posts

Showing posts from 2023

Borang UF02 untuk Provisionally Registered Pharmacist (PRP). Apa tu?

Image
 Assalamualaikum & Haiiii           Lama dah kata nak kongsi tentang borang UF02. Mesti ada yang dah habis PRP kan 😂.           Borang UF02 ni apa ye? Borang UF02 ni penting untuk adik-adik PRP sebab borang ni bagi extra marks dekat anda selain Logbook & Markah LNPT. Jadi basically as you can see borang UF02 terbahagi dua bahagian, Merit dan Demerit. Demerit tu jarang la unless you memang problematic. Tahan la diri anda dari buat perangai selama setahun. Setahun tu kejap je dik. TIPS UNTUK DAPAT POINT MERIT Untuk Merit, ada beberapa point. Selalu merit ni anda kena cari sendiri. Contoh: Point 1, kelayakan tambahan macam Sijil Profesional: BPS, credentialling, GCP dbs .           Selalu sijil-sijil ni jarang farmasi appoint PRP join kursus-kursus macam ni. Jadi if korang nak point dekat sini,  Malaysian Academy of Pharmacy  ada kursus yang boleh join untuk dapatkan sijil profesional.           Contoh kursus macam Smoking Cessation untuk jadi Certified Smoking Cessation Provide

Haid? Period? Niat umrah apa ye?

Assalamualikum & hai haiii      Weh dah bersawang-sawang, spider dah beranak-pinak dah dalam blog ni lamanya tak buka. Rindu gile nak berblogging. Laptop rosak terus hilang dari radar.      Haritu join kursus umrah yang dianjurkan oleh Andalusia kat masjid Sikamat. The last time I went for Umrah was in Dec 2014. It quite some times so dah tak ingat dah.      The one yang sangat meaningful bagi aku adalah doa untuk menunaikan umrah untuk certain conditions. Nak remark kat sini sebab simpan dalam buku note selalu hilang, simpan kat handphone selalu tukar, simpan kat memori esoknya dah lupa.      Kalau niat umrah biasa is:      "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala".      Tapi ada kondisi yang mana boleh doa macam: NIAT BERSYARAT KES 1: SEMUA LELAKI DAN PEREMPUAN SUCI KETIKA DI MIQAT      "Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, maka aku bertahalul".      Kes 1 n