Haid? Period? Niat umrah apa ye?
Assalamualikum & hai haiii
Weh dah bersawang-sawang, spider dah beranak-pinak dah dalam blog ni lamanya tak buka. Rindu gile nak berblogging. Laptop rosak terus hilang dari radar.
Haritu join kursus umrah yang dianjurkan oleh Andalusia kat masjid Sikamat. The last time I went for Umrah was in Dec 2014. It quite some times so dah tak ingat dah.
The one yang sangat meaningful bagi aku adalah doa untuk menunaikan umrah untuk certain conditions. Nak remark kat sini sebab simpan dalam buku note selalu hilang, simpan kat handphone selalu tukar, simpan kat memori esoknya dah lupa.
Kalau niat umrah biasa is:
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala".
Tapi ada kondisi yang mana boleh doa macam:
NIAT BERSYARAT
KES 1: SEMUA LELAKI DAN PEREMPUAN SUCI KETIKA DI MIQAT
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya aku terhalang oleh sesuatu, maka aku bertahalul".
Kes 1 ni contoh ada pakcik tua ni dah niat umrah kat miqat Qarnul Manazil, tapi on the way nak pergi mekah tu dia pengsan and masuk ward, and bila dia bangun kesihatan dia tak mengizinkan dia untuk buat umrah, jadi dia boleh terus bertahalul (gunting rambut) & tak kena dam.
Contoh Kes 1 lagi, I niat menunaikan umrah kat miqat. Time I niat kat miqat ni I tak period lagi. Tapi on the way nak gi mekah ni tetiba period pulak. Jadi I pun boleh terus bertahalul & tak kena dam.
KES 2: HAID KETIKA MIQAT
"Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala, sekiranya haid aku berterusan, maka aku jadi halal".
Kes 2 contoh masa kat miqat I masih period. jadi I niat ni. sepanjang kat mekah haid masih tidak berhenti sehinggalah I meninggalkan mekah nak pergi Madinah atau balik Malaysia. Jadi umrah I kira burn & tak dikenakan dam.
Tapi sesungguhnya tak dapat buat umrah tu rugi la.
Back when 2015 tu I sempat buat umrah selamat datang pastu kena period. Hari-hari berdoa cepat kering sebab period i jenis irregular tapi izin Allah 3 hari berhenti and betul-betul last day stop and sempat buat tawaf wada'.
Comments
Post a Comment