Universitas Padjajaran : Entrance Exam
Assalamualaikum dan hai hai!
14 June 2015, aku seat entrance exam for Universitas Padjajaran di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) Cheras.
APPLY MELALUI ?
Aku apply melalui Dkarisma Management. Dkarisma Management ni adalah salah satu agent sah universiti ni untuk pengambilan pelajar di Malaysia. Kenapa aku yakin dengan agent ni? Senang, kalau tak yakin, contact universiti ni sendiri tanya, atau cek saja di laman web universiti berkenaan ada tak tersenarai. Lepas cek, ada tersenarai dekat PADMA Education Agency then aku pun proceed. Uolls boleh search dekat facebook Dkarisma Management ni.
Deal dengan sis ni, aku panggil Kak Nor, sis ni sangattt la baik, even tanya banyak mana soalan pelik-pelik pun and tak berkaitan dengan bidang dia pun dia jawab je. Jadi aku fikir akak ni mempunyai Public Relation yang sangat baik, makanya aku pun berurusan dengan dia.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
1. An Application form
together with
2. 2 copies NRIC
3. 2 copies Birth Certificate
4. 2 copies SPM
5. 2 copies STPM, Matriculations, A-Level etc.
6. 2 copies School Leaving Certificate.
7. 2 copies Parent / Guardian IC.
8. 8 copies Passport Size Colored Photographs (Red background).
9. 2 copies MUET/TOEFL/IELTS.
- I am not sure if this is necessary. I don't have all above. Instead of that, I inserted GCEO level which i got during SPM and they never questioned about this. Hence, i guess it is accepted. Like i mentioned earlier, each universities has their own requirement, if u don't have certain qualification, don't afraid to ask for their opinion. Show them your persistence.
10. 2 copies 3 month bank statement/ pay slip
11. 2 copies Curriculum Vitae
12. 2 Copies Photocopy of International Passport
13. Letter not Color Blind.
Lepas hantar application, aku bayar usd250 untuk Entrance exam fee. Jadual seperti di bawah. Exam pada 14 June, bertemankan kawan, aku datang 13 June then stay dekat Le Quadri Hotel, Hotel ni bersebelah je dengan uni UCSI, siapa yang nak apply local boleh try survey UCSI jugak. Oleh sebab exam dekat PPUKM, jarak perjalanan Le Quadri Hotel ke PPUKM tak sampai setengah jam pun. Dalam 10-15 minit je.
Le Quadri Hotel
Jadual Entrance Exam Universitas Padjajaran
Written Test
Seperti tertera di atas, untuk semua program selain dentistry, written test start 8.30. (atas ni jadual lama) Written test mengandungi 100 soalan (kalau tak silap.kalau silap tolong betulkan) berkaitan subjek sains seperti (yang aku ingat)
Mathematics : logarithm, quadratic equations, sets, statistics, gradient, matrices etc
Biology : coordination n responses, mitosis meiosis, inheritence etc
Physics : force, pressure, heat, light etc
Chemistry : isotopes, chemical equations, acid base, carbon compound etc
Masa masuk dewan, dapat seat depan sekali and hujung sekali (second row hujung) dari pintu masuk, terbayang-bayang masa zaman kolej dalam kelas duduk depan sekali. skema tak skema =.= . Masa masuk muka confident je, lepas tu nak exam kena la keluarkan alat tulis, aku pun godek beg nak keluarkan pencil case, godek punya godek, aku dah risau, tak jumpa. ah sudah. tadi masa kemas ada, sekarang takde pulak. Blank. Macam mana ni, examiner dah start edarkan kertas. nak turun tak sempat. Nak nangis dah risau teramat masa ni. Dengan sepantas kilat aku call kak Nor bagitahu aku tak bawak pencil case, dengan tenangnya dia bagitahu takpe nanti dia hantar orang tengokkan. Disebabkan dah nak start, dengan muka tak malu, dengan muka kesiannya aku pun pinjam dengan orang seat belakang pensil sebatang, dengan orang sebelah pensil sebatang, lepas tu tanya lagi orang sebelah ada pemadam lebih tak,dia cakap takde, tapi dia ambik pemadam dia dia kerat sebelah bagi aku. Masa tu aku nampak rasa terharu sangat aih. Nasib baik yang duduk belakang dengan sebelah aku ni dari agent yang sama. Orang belakang tu senior aku. hehe. tapi malu jugak nak mintak sebenarnya. Nampak sangat kelam kabut budak nih. =.= . Lepas beberapa minit start datang pulak abang kacak tanya nama Fateen ke, aku dah perasan dah, aku cakap ye, lepas tu dia hulur 2 batang pensil dan pemadam. Oh, utusan kak Nor rupanya, hihi Makanya berbekalkan pensil 4 batang, dan pemadam sebatang setengah, aku pun jawab exam dengan senang hati dan muka berkerut-kerut. Lepas habis exam, aku cek dalam kereta, pencil case tersorok dalam beg baju rupanya.
Interview
Untuk exam hari ni, terbahagi kepada dua group, Group A, Group B. Aku Group A, so kena interview dulu, manakala Group B seat untuk MPPI test.
Interview dalam dewan yang sama. Kedudukan macam kat atas ni. Disebabkan aku duduk paling depan, aku kena interview dulu untuk row aku tu. Masa ni semua interviewer dah masuk and start interview. Cuma row aku dengan row sebelah hujung aku je takde interviewer lagi. Kitorang dah risau dah. Dalam masa yang sama, sempat jeling meja sebelah dengar diorang kena interview. Aku dengar diorang speaking. Yela, exam ni kan fully English. relax je student2 ni speaking. Lama jugak, nak dekat 10-15 minit tunggu baru interviewer kitorang masuk.
Yang interview aku ni perempuan, sampai je dekat seat dia dia ucap 'Assalamualaikum, Selamat siang' sambil senyum, aku pun 'Waalaikumsalam, Good Evening'. Sebelum interview dia sempat tanya nak interview dalam bahasa malaysia ke english. Aku pun jawab ' dua-dua pun okay'. Fuh, jawapan selamat aku bagi. Lepas tu dia pun interview aku dalam bahasa Indonesia. Terpinga-pinga jugak aku nak jawab. Banyak kali jugak aku tanya macam 'ha?' 'sorry?' 'tak faham?' Bahasa Indonesia lagi susah dari english aku rasa. :'( Maafkan saya buk.
Masa interview, aku nampak ada senarai soalan dia pegang. Basically, dia tanya, ceritakan tentang diri kamu @ tell me about yourself ; why you want to be a pharmacist? family member berapa orang, anak ke berapa, tak pe ke belajar jauh-jauh, kalau belajar jauh-jauh family macam mana ; your strengths ; your weaknesses ; kalau dapat nak survive dekat sana macamana ; kenapa pilih UNPAD ; tahu UNPAD dari siapa ; taraf education sekarang apa ; bila dia tahu aku dah kerja dia tanya, kerja dah berapa tahun ; mintak further ni dapat kelulusan ke tak ; dia cerita ada student yang kena balik sebab kkm tak lepaskan ; tinggal dekat mana ; datang naik apa ; soalan simple-simple je, sempoi gila interviewer aku ni. Disebabkan dia interview dalam indon, dan disebabkan jugak aku tak faham sangat bahasa dia, sudahnya kadang-kadang dia tanya dalam indon, aku jawab english.
Syukur puan ni tak strict sangat,nak speaking,speaking, tak nak pun okay je. macam orang sebelah aku dengar diorang semua fully english lepas tu soalan dia alahai, kalau aku yang kena ni tak tahu macam mana nak jawab. muka ketat pulak tu. Lepas dah habis interview, row sebelah yang start dulu pun tak habis lagi. Aku dengar interviewer tu tanya 'have u ever cheating in exam?' 'no? are u sure?' 'are u that nice?' 'In your opinion, why these students cheating in exam?' 'why we should accept you into this uni?' etc
Interview ni yang paling penting kena confident. Tak kisah jawapan tembak macam mana pun comfident yang penting. Tapi jawapan yang logik la kan. Dan sesekali kena senyum. Have you ever heard that a smile can change the world? eceh. tu ayat aku sebenarnya. Kalau interviewer tu tengah stress, dia tengok kau pun tak jadi nak strict sebab cair dengan senyumanmu. eheh . Pakaian kena sopan. Attire shows your identity.
lepas interview kena rotate duduk belakang.
Haa, semangat tak semangat nak exam, siap buat contoh soalan yang akan ditanya.
MPPI Test (Minnesota Multiphasic Personality Inventory Test)
MPPI Test ni ujian personaliti. Ujian ni mengandungi 500 soalan. Jawapan 'Ya' atau 'Tidak'. Pejam mata je jawab tapi agak tricky sebab jawapan kena consistent. Soalan berulang-ulang, cuma cara soalan ditanya berlainan. Contoh :
- I have a great deal of stomach trouble.
- I have diarrhea once a month or more.
- I am troubled by discomfort in the pit of my stomach every few days or oftener.
- I have few or no pains
- I am shy.
- I do not mind meeting strangers.
- When people talk to me, i blush.
- I am easily embarrassed.
- I never worry about my looks
- It does not bother me that i am not better looking.
- I am pretty, and i sure about it.
Kalau nak try buat MPPI Test ni boleh google je. Type je MPPI Test free online nanti akan keluar banyak contoh soalan. Yang berbayar pun ada.
Result
Result untuk Entrance exam ni keluar lepas seminggu. Exam 14 haribulan. Result keluar 21 haribulan.
# Teringat lepas habis exam, dah balik sampai Johor esoknya baru perasan salinan Hard copy dokumen tak bagi dekat examiner. Gelabah gila time tuh. Cepat-cepat call kak Nor inform. Alhamdulillah kak nor tolong contactkan pihak uni settlekan semua, nasib baik uni ada simpan copy. Nampak tak aku punya sifat careless yang menebal ni? @.@
Harini Ahad. Esok Isnin, Isnin malam nak gerak pergi airport. Flight 6.50 pagi. Doakan i uolls.
As salam..nak tya..klu result kimia fizik n bio ms kat matrik dpt A n cgpa dpt 3.88 tp SPM fizik dpt C+ leh ke apply?..
ReplyDeleteSorry baru reply. Kalau Uni i boleh je dgn syarat u kena resear before habis study tapi dalam negeri mcm strict sikit i think.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Delete